Cuti panjang tahun baru cina baru-baru ni kami sekeluarga ambil kesempatan untuk balik kampung sebelah suami di Hulu Perak. Ziarah emak di Lenggong dan saudara-mara di Gerik.
Hari Sabtu pulak pergi penuhi undangan walimah anak guru pendidikan Islam kami semasa belajar di SERATAS, Ustazah Rohami. Ini anak perempuan ustazah yang pertama berkahwin. Widad namanya.
Majlis resepsi Widad dan Jamal dibuat di Dewan Telekom Taiping yang berhampiran dengan rumah ustazah ni. Tak susah nak cari dewan ni sebab my hubby memang tiap-tiap Jumaat solat kat Masjid Telekom tepi dewan ni masa sekolah dulu.
Seronok sangat dapat jumpa ramai guru-guru yang mengajar kami di SERATAS dulu. Yang dah pencen dan dah pindah pun ada datang majlis ni juga. Antara yang sempat kami jumpa adalah Ustazah Rohami sendiri, Teacher Salwana, Cikgu Hasmyza, Teacher Akma, Cikgu Sohor, Cikgu Azmi, Cikgu Nora Anuar, Teacher Zuraidah, Cikgu Shuhaimah, Cikgu Noorhizan, Cikgu Hamidi, Cikgu Pariza & Cikgu Izhar.
Busy sangat melayan anak dan catch up dengan cikgu-cikgu sampai terlupa nak bergambar dengan pengantin. Opps!
Selamat pemgantin baru Widad & Jamal. Semoga berkekalan dalam berkat dan rahmat Tuhan.
Baraka allahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.
No comments:
Post a Comment