Salam...
Sejak minggu lepas dok survey mesin jahit yang nak dibeli sempena projek menjahit langsir. Lepas tu siap berangan nak jahit blouse preggy, seluar pelekat untuk anak, sarung tilam dan bantal untuk baby... Cita-cita tinggi melangit!
Terjumpalah kat website LSN model-model mesin jahit yang disyorkan untuk pengguna domestik. Antara jenama yang diorang recommend termasuklah Brother, Singer dan Juki. Lepas tu buka pulak website Lazada. Terjumpalah offer mesin jahit Brother GS2700 yang harga asalnya RM 889 dijual dengan harga RM 635. Jimat 29% berbanding biasa. Harga jual kat LSN pun RM700+.
Rasa-rasanya macam berkenan tapi ingat nak peram dulu. Semangat berkobar-kobar ni kadang-kadang bukan boleh dilayan sangat. Mahal tu RM635 untuk satu mesin jahit yang tak tahu lagi berapa banyak hasilnya nanti. Hmm... belanja sikit gambar & spec mesin jahit ni.
No comments:
Post a Comment