Selamat pengantin baru kepada Azri & Syafira.
Ini cerita hari Sabtu yang lepas. Ikut hubby pergi kenduri kawan dia kat Bangi. Memang kenal Azri ni sejak tahun 2009 kot. Dia teman my hubby kat KLIA masa saya nak balik Dublin semula lepas cuti musim panas.
Walimah ni sebenarnya dibuat oleh pihak pengantin perempuan. Kenduri sebelah lelaki sebenarnya minggu depan kat Batu Pahat. Memandangkan my hubby mungkin tak dapat cuti minggu depan, kami pergi kenduri sebelah perempuan.
Biasalah kenduri-kendara ni kan tempat reunion tak rasmi. Ramailah kawan-kawan yang selalu jumpa dan yang jarang-jarang jumpa berkumpul semula. Kitorang yang isteri-isteri ni pun sempatlah berkenalan dan bertegur-sapa sambil-sambik melayan kerenah anak-anak.
Akiff dah pandai behave kat majlis. Ammar masih belum faham arahan. So, dewan tu jadi taman permainan dia je la. Majlis ni dibuat di Melor Garden Wedding, Sungai Ramal. Tempatnya cantik dan selesa. Keliling dewan pun ditanam pelbagai tanaman hiasan jadi rasa macam dewan dalam taman. Lepas tu, ada pulak surau di tepi dewan. Memudahkan tetamu macam kami ni. Tempat parking pun luas dan trafik ada orang yang jaga.
Seperti biasa, memang tak ambil gambar sebab sibuk jaga anak. Hehehe... sibuklah sangat kan...
Ok, selamat pengantin baru kedua-dua mempelai. Semoga bahagia sampai jannah.
No comments:
Post a Comment