Tuesday, February 17, 2015

Vaksin Untuk Bayi Anda - Mitos vs Realiti

Salam pagi!

Hari ni nak kongsi sikit pasal buku yang saya baru habis baca; VAKSIN UNTUK BAYI ANDA - MITOS VS REALITI susunan Dr Suhazeli Abdullah.

Entri ni adalah sebahagian daripada projek galakan membaca untuk diri sendiri. Sejak kebelakangan ini memang saya kurang membaca. Seingat-ingatnya tahun lepas cuma habiskan 2 buah buku sahaja. Hmm...

Baiklah, Dr Suhazeli yang menulis buku ini adalah seorang pakar perunding kesihatan keluarga di KK Cheneh, Kemaman. Beliau membincangkan tentang isu vaksinasi yang agak hangat didebatkan dewasa ini. Buku ini menerangkan dengan agak mendalam tentang vaksin dan turut memberi pencerahan dalam isu anti-vaksin. Selain berguna untuk para doktor, buku ini juga sangat bermanfaat untuk ibubapa yang prihatin tentang kemaslahatan anak-anak mereka.

Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment