Labels
Friday, February 27, 2015
“Giveaway Mudah amirnawawi.com”
Kenali cara anak-anak belajar
Cenderung lebih cepat bercakap dan menyampuk ketika orang lain bercakap.
Belajar dengan melihat carta dan rajah.
Memerlukan suasana belajar yang senyap.
Selalu berfikir dalam bentuk bayangan atau gambarajah.
Apabila mencatat atau menulis sesuatu, mereka akan menulis dengan terperinci.
Suka mengambil tempat duduk dihadapan.
Suka bercakap dan mendengar.
Suka membuat bising.
Kurang suka belajar dengan hanya menulis sahaja.
Sukakan muzik dan nyanyian.
Lebih mudah belajar dengan kaedah pendekatan fonik.
Suka bercakap sendiri.
Suka bertanya pelbagai perkara disekeliling mereka.
Mereka akan buat sesuatu perkara dengan paling baik apabila dilibatkan secara aktif sepenuhnya.
Mereka sentiasa dalam keadaan bertenaga sepenuhnya.
Lebih suka membuat daripada mendengar.
Kurang mendengar arahan.
Sukar untuk diajak duduk diam dan mendengar.
Mereka akan buat yang terbaik apabila didorongkan sesuatu perkara yang melibatkan memegang, menyentuh dan bergerak.
Jika didorongkan dengan aktiviti sukan atau tarian, mereka akan buat yang terbaik.
Thursday, February 26, 2015
Photobox - Grand Canal, Dublin 2009
First photo, dusk time in late winter. Took the photo on the way to usrah place. Subhanallah. It was so serene and calming.
Second photo was taken in autumn at around the same place. This piece was heavily edited since the initial photo was blurry. I decided to keep it and make it painting-like since I love the scenery that I managed to capture at that time. No chance I can reproduce this photo now.
Tips Menaip Allah, Muhammad Dalam Jawi Menggunakan Microsoft Word
Assalamualaikum semua...
Nak share satu ilmu baru dapat dari facebook hari ni. Ni cara cepat nak tulis Allah, Muhammad s.a.w, Allahuakbar dan lain-lain dalam tulisan jawi menggunakan Microsoft Word.
Saya dah cuba. Ada yang tak berjaya juga tapi kena cuba tukar font. Ok, selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Wednesday, February 25, 2015
Pokok Kacang Pistachio
Assalamualaikum...
Semalam duduk borak-borak dengan my hubby sambil makan kacang pistachio a.k.a kacang cerdik. Tiba-tiba terpacul soalan, "B, you tau tak pokok kacang pistachio ni macam mana?"
Pokok kacang pistachio ni adalah pohon berkayu yang agak kecil, berasal daripada kawasan Asia Tengah dan Timur Tengah. Kacang pistachio juga adalah daripada keluarga kacang gajus (cashew nut).
Ini pulak gambar kacang pistachio yang masih muda.
Ok, itu saja info ringkas tentang pokok kacang pistachio.
p/s: Pistachio memang sedap tapi mahal.
Monday, February 23, 2015
Makanan sunnah dan nilai komersil
“SEGMEN: ‘HARMONIZE WITH NATURE by http://www.adaa-inspiration.com“.
Salam semua. Adaa, blogger dan Shaklee SID ada anjurkan giveaway 'Harmonize with Nature" dari 10 Feb 2015 hingga 10 Mac 2015. Hadiah yang Adaa nak bagi adalah sebotol pencuci serbaguna Basic H.
So, apa tunggu lagi. Jom lawat blog Adaa yang sangat kemas dan teratur... sejuk mata blogwalking ke sana. Klik saja pada gambar untuk join!
Sunday, February 22, 2015
Resepi Cream Puff
Walimah Widad & Jamal
Busy sangat melayan anak dan catch up dengan cikgu-cikgu sampai terlupa nak bergambar dengan pengantin. Opps!
Selamat pemgantin baru Widad & Jamal. Semoga berkekalan dalam berkat dan rahmat Tuhan.
Baraka allahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.
Wednesday, February 18, 2015
Tahniah Ira & Saiful
Tuesday, February 17, 2015
My Old Blog
xoxo
1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com
Salam & hai!!!
Siapa nak menang kinetic sand daripada Hani, blogger myhoneyy.blogspot.com. Klik saja banner kat atas dan ikut syarat-syarat mudah! Saya dah join. Jom join ramai-ramai. Kita meriahkan first giveaway yang Hani buat ni.
Ini gambar kinetic sand untuk sesiapa yang tak familiar ye... kasi berkobar-kobar sikit!
Vaksin Untuk Bayi Anda - Mitos vs Realiti
Salam pagi!
Hari ni nak kongsi sikit pasal buku yang saya baru habis baca; VAKSIN UNTUK BAYI ANDA - MITOS VS REALITI susunan Dr Suhazeli Abdullah.
Entri ni adalah sebahagian daripada projek galakan membaca untuk diri sendiri. Sejak kebelakangan ini memang saya kurang membaca. Seingat-ingatnya tahun lepas cuma habiskan 2 buah buku sahaja. Hmm...
Baiklah, Dr Suhazeli yang menulis buku ini adalah seorang pakar perunding kesihatan keluarga di KK Cheneh, Kemaman. Beliau membincangkan tentang isu vaksinasi yang agak hangat didebatkan dewasa ini. Buku ini menerangkan dengan agak mendalam tentang vaksin dan turut memberi pencerahan dalam isu anti-vaksin. Selain berguna untuk para doktor, buku ini juga sangat bermanfaat untuk ibubapa yang prihatin tentang kemaslahatan anak-anak mereka.
Selamat membaca!
Monday, February 16, 2015
Mini Reunion
Salam semua.
Hari sabtu yang lepas sempat join bbq kat rumah kawan lama, Nisha Imail kat Presint 11, Putrajaya.
Nisha ni saja-saja je jemput kitorang kat group whatsapp Batch17 untuk join bbq yang mama dia buat. Mama Nisha organise bbq ni untuk raikan kawan dia dari Kanada yang datang bercuti-cuti Malaysia.
Tak sangka pulak ramai yang dapat datang. Murni & husband, Aisyah, Shikin, Umar, Fizri, Macha, Madah & husband, Farhan, Nisha sendiri and of course my husband and I.
Seronok jumpa kawan lama ni. Walaupun memang sangat jarang berjumpa lepas habis sekolah... when we meet, we feel like families.
Till we meet again.
Tuesday, February 10, 2015
Peribahasa yang tersalah sangka
Harapkan pegar, pegar makan padi
Haa... barulah lebih logik kat situ. Maksudnya, orang yang diamanahkan mengkhianati amanahnya. Selama ni memang sangkakan peribahasa tu berbunyi "harapkan pagar, pagar makan padi". Tapi pagar mana boleh makan padi kan? Lainlah pegar. Pegar ni sejenis burung, bolehlah kalau nak makan padi tu.
Ada lagi satu...
Bagai melepaskan batok di tangga
Hingga beberapa waktu dulu saja saya baru tahu "batok" tu alat pencedok air seperti gayung yang bertangkai panjang. Ia digunakan untuk mencedok air dari tempayan semasa mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Sebelum ni sangkakan "batuk" uhuk uhuk atas tangga...
Tapi, kenapa baru sekarang perkara ini terbongkar? Dah macam misteri nusantara pulak. Tak ada orang tahu perkara sebenar ke sebelum ini? Jeng jeng jeng...
Memang boleh kita katakan perkara ni terjadi sebab ejaan jawi lama untuk pegar dan pagar adalah sama. Begitu juga untuk ejaan batok dan batuk. Tapi, takkanlah tak ada ilmuwan yang tahu perkara sebenar sehingga bertahun-tahun masyarakat kita ter'salah' peribahasa.
Hmm.. walaubagaimanapun, terima kasih dan tahniah kepada pihak yang tampil memberikan pencerahan. Saya sebagai rakyat marhaen berasa bangga dan gembira sebab saya sayangkan bahasa bangsa saya. Err, walaupun saya sebenarnya menumpang saja bahasa melayu ni. Saya, emak dan abah keturunan Banjar asli dari Tanah Banjarmasin. Arwah atok datang naik tongkang semasa penjajahan Belanda di sana. Begitu mengikut ceritanya...
Monday, February 9, 2015
GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015
Giveaway ni berlangsung dari 6 Februari sampai 31 Mac ni saja tau! Jom! Jom! Jom! Sama-sama kita meriahkan giveaway kali ni.
Kenduri di Bangi
Selamat pengantin baru kepada Azri & Syafira.
Ini cerita hari Sabtu yang lepas. Ikut hubby pergi kenduri kawan dia kat Bangi. Memang kenal Azri ni sejak tahun 2009 kot. Dia teman my hubby kat KLIA masa saya nak balik Dublin semula lepas cuti musim panas.
Walimah ni sebenarnya dibuat oleh pihak pengantin perempuan. Kenduri sebelah lelaki sebenarnya minggu depan kat Batu Pahat. Memandangkan my hubby mungkin tak dapat cuti minggu depan, kami pergi kenduri sebelah perempuan.
Biasalah kenduri-kendara ni kan tempat reunion tak rasmi. Ramailah kawan-kawan yang selalu jumpa dan yang jarang-jarang jumpa berkumpul semula. Kitorang yang isteri-isteri ni pun sempatlah berkenalan dan bertegur-sapa sambil-sambik melayan kerenah anak-anak.
Akiff dah pandai behave kat majlis. Ammar masih belum faham arahan. So, dewan tu jadi taman permainan dia je la. Majlis ni dibuat di Melor Garden Wedding, Sungai Ramal. Tempatnya cantik dan selesa. Keliling dewan pun ditanam pelbagai tanaman hiasan jadi rasa macam dewan dalam taman. Lepas tu, ada pulak surau di tepi dewan. Memudahkan tetamu macam kami ni. Tempat parking pun luas dan trafik ada orang yang jaga.
Seperti biasa, memang tak ambil gambar sebab sibuk jaga anak. Hehehe... sibuklah sangat kan...
Ok, selamat pengantin baru kedua-dua mempelai. Semoga bahagia sampai jannah.
Sunday, February 8, 2015
Mesin jahit Brother GS2700
Salam...
Sejak minggu lepas dok survey mesin jahit yang nak dibeli sempena projek menjahit langsir. Lepas tu siap berangan nak jahit blouse preggy, seluar pelekat untuk anak, sarung tilam dan bantal untuk baby... Cita-cita tinggi melangit!
Terjumpalah kat website LSN model-model mesin jahit yang disyorkan untuk pengguna domestik. Antara jenama yang diorang recommend termasuklah Brother, Singer dan Juki. Lepas tu buka pulak website Lazada. Terjumpalah offer mesin jahit Brother GS2700 yang harga asalnya RM 889 dijual dengan harga RM 635. Jimat 29% berbanding biasa. Harga jual kat LSN pun RM700+.
Rasa-rasanya macam berkenan tapi ingat nak peram dulu. Semangat berkobar-kobar ni kadang-kadang bukan boleh dilayan sangat. Mahal tu RM635 untuk satu mesin jahit yang tak tahu lagi berapa banyak hasilnya nanti. Hmm... belanja sikit gambar & spec mesin jahit ni.
Friday, February 6, 2015
Pantang
Terjumpa ni kat facebook. Dah 2 kali bersalin dan berpantang tapi tak pernah pantang macam ni... Aiiii...
Candy Crush Saga
Siapa yang masih main game ni? Saya sendiri dah lama tinggal main game ni. End of last year start main game Hay Day pulak.
Err.. sebenarnya main game ni memang buang masa. Saya ada kawan yang memang particular pasal main game ni. Sampaikan sesiapa yang invite dia main game pun boleh kena sound.
Saya somewhere in the middle. Tak minat sangat main game tapi takdelah sampai marah kalau orang invite saya main game yang saya langsung tak suka. Main pun just nak suka-suka je.
Tapi tapi tapi... jangan sampai leka pulak main game. Sampai tak solat, tak masak, tak basuh baju, tak mandikan anak, tak bagi anak makan, tak... tak... tak... Tak baik tau.
Okay, manfaatkan masa lapang sebelum sibuk!!
Pencapaian baru
Hye & salaam..
Saja nak share satu pencapaian baru kat sini. Takdelah hebat sangat tapi pencapaian la untuk saya personally. Banding dengan orang lain mungkin benda ni biasa-biasa aje.
Semalam rekod klien yang saya tengok adalah 50 orang yeay! Ni klien KKIA tau.. kalau JPL 50 orang tu biasa-biasa la. Tapi KKIA tak biasa sebab termasuk scan dan prosedur lain contohnya speculum examination dan IUCD insertion.
Biasanya jumlah klien kat sini antara 30-40 orang saja. Kalau ramai pun rasanya tak cecah 50. Dalam 47, 48, 49.. semalam baru dapat 50. Kalau berniaga untung ni. Hehehe..
Projek satu tahun 2015
Assalamualaikum semua...
Hmm, rasa rindu pulak nak menulis blog. Sibuk sangat hujung tahun lepas dengan kesihatan yang kurang baik, menjawab audit pensijilan semula SIRIM, buat persediaan entrance exam MPath 2015/2016, and eventually sit for it, managing my morning sickness... bla bla bla..
Hey, that's life and I am blessed with a good life. No right to complaint at all.
Sekarang ni terasa ada sedikit masa nak berhobi. Tiba-tiba mengintai-intai nak beli mesin jahit baru kononnya. Wahhh.. macamlah pandai menjahit! Mesin jahit mini yang beli tahun lepas pun pernah guna berapa kali je. Siap letak kat rumah mak supaya kononnya senang mak nak menjahit. Wakakaka. Padahal kalau letak kat rumah sendiri haruslah mengumpul habuk je.
Tapi projek sebelum bersalin ni adalah nak jahit langsir untuk mak mertua. Kalau gigih mungkin boleh tolong jahit langsir untuk rumah mak jugak. Kalau tak gigih, belikan mesin je kemudian support mak untuk jahit langsir sendiri. Hehehe..
Wish me luck!