Friday, June 13, 2014

Giveaway Jun by Syira Lokman


Assalamualaikum semua! 
Kali ni Zara nak join satu lagi giveaway yang sedang berlangsung. Kali ni Zara join "Giveaway Jun by Syira Lokman yang bermula 3 Jun 2014 hingga 17 Jun 2014 jam 11:59 malam.
Sebanyak 33 orang pemenang dicari dan caranya pulak mudah saja... cuma klik "Giveaway Jun by Syira Lokman" dan ikut syarat-syarat yang dah digariskan oleh Cik Syira ye.

Haa..sebagai motivasi, ni senarai hadiah yang ditawarkan tau!

Lavanessa Swiss Professional Skin Care Treatment 10 pcs Rm125 x1- Akif Imtiyaz
Halfmoon Glitter Shawl x1 - Efa
Custom Made Lace Shawl x1- Efa
Novel karya Hilal Asyraf x1- Edo Hayra
Diy brooch x5- Eymasu craft
Mini Notebook x1 - Umira
Kad Blogger x5- Ana Ahmad

Topup RM5 x2 -Hani
Topup RM5 x2 - Siti Hajar
Topup RM5 x2 - Diba
Topup RM1O x1-Iskandar Daughter
Topup RM10 x2 -Fatihah

Edit Full Template x2 - Myra Azmee
Review blog x 2 -Syira
Bloglist 2014 x3 - Syira

TOP REFERRAL
Tapak iklan PERCUMA x2 (Kekal sampai hujung tahun) -Syira

Thursday, June 12, 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Salam & hye semua!

Ini kali pertama Zara nak try join giveaway yea. Wish me luck & jom sama-sama join Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang berlangsung dari 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014. 

Hadiahnya adalah Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang tau!

Apa lagi? Klik banner ni sekarang girls!



ps: Zara ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-8 kepada kak SyuhadaBadarudin. Semoga berbahagia sampai jannah, amiin...

Every step counts

Zara dearie,

Please never get intimidated by those who already had made it further than you because you are the one who never stop moving forward. You will brave the challenges with your preseverance.

Every little step does count my lil sweetheart. Good luck! My prayers will always be with you.

Love.

I love my job

Yes! I love my job and I also have time to do other things that I love. Alhamdulillah, alhamdulillah..so, I will try my best to do great in everything I do, insha Allah..

Zara & diet

Assalamualaikum & selamat pagi!
Zara pasti ramai kakak-kakak & adik-adik kat sana tu yang tengah diet hari ni. Maklumlah obesiti sekarang ni bukan hanya berkaitan dengan imej semata-mata tapi berkait sangat rapat dengan kesihatan. Sebabnya, banyak kajian saintifik menunjukkan obesiti ni salah satu penyumbang utama kepada penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi…
Selain itu, kita orang perempuan ni kan memang selalu nak nampak comel kiut-miut gitu. Maka, kena laa jaga makan. Kalau ikut tekak ikut perut je alamatnya badan akan naik la. Sedangkan dalam berdiet pun badan boleh naik.. inikan pulak tak diet. Kadang-kadang jeles jugak tengok kawan-kawan yang badan memang jenis maintain je walaupun makan macam biasa je.
Sebenarnya dah lama jugak Zara cuba nak amalkan diet Atkin’s. Lebih kurang dua tiga bulan jugak rasanya. Tapi, setakat ni masih kurang berjaya. Bukan diet Atkin’s tu tak bagus tapi Zara yang banyak sangat cheating. Nak buat macamana.. peminat gila-gila kek & cookies.. Adeh!
image
Ok, inilah screenshot progress projek kurus Zara yang tak berapa nak berjaya setakat ni. Tu progress selama 3 bulan tau! Sebenarnya macam takde perubahan pun kan..sob! Sob!
Takpe. Tak guna sedih-sedih sangat kalau akhirnya takde tindakan.. Zara akan berusaha dan terus berusaha untuk amalkan diet Atkin’s dengan betul. Kalau dah cuba dengan dengan betul tapi tetap gagal barulah boleh simpulkan yang diet jenis ni tak sesuai dengan Zara. Orait, korang doakan Zara ye!

Zara loves shopping!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Haii! Buat apa hari ni? Zara, kalau hari cuti macam ni biasalah.. rutin Zara adalah siapkan kerja rumah lepas tu SHOPPING! Ok, kena letak capital letter sebab penting sangat-sangat. Haha, penting sangat ke shopping? Mestilah!
Shopping atau membeli-belah atau even tengok-tengok lepas tu belah (a.k.a window shopping) ni sangat penting dalam hidup kebanyakan wanita. Zara tak tahulah berapa ramai perempuan yang rasa shopping ni penting tapi Zara dan ramai kawan-kawan Zara rasa shopping ni perlu. Opps! Naik lagi satu step.. perlu dan penting pulak. 
Kenapa? Sebabnya.. orang perempuan ni kan banyak keperluannya. Nak dapatkan barang-barang tu semua kenalah pergi shopping. Kalau tak macam manalah barang-barang tu nak jumpa jalan pergi rumah kita. Selain tu, shopping ni jugak melapangkan kepala otak dan menenangkan jiwa. Haa.. mesti korang pernah dengar pasal retail therapy kan? Kalau tengah stres sangat dengan kerja ke, projek ke, officemate ke.. keluarlah shopping sekejap. Mesti rasa ringan sekejap kepala tu.
Tapi semenjak umur komitmen dah bertambah ni, Zara kurang masa nak window shopping. Kalau ada keperluan, buat list then terus beli barang-barang berkaitan je. HUHUHUHU… Mujurlah kemudahan online shopping ni makin banyak kat Malaysia. Tak payah keluar pun boleh shopping. Daripada kek coklat, blender, kasut, selipar, makanan ringan, kesihatan kesihatan, barangan kosmetik, barangan elektronik malah kereta dan rumah pun boleh deal untuk beli secara online.
Zara memang suka online shopping. Kalau seminggu sekali takde van PosLaju berhenti kat depan rumah rasa sunyi pulak rasanya. Ada pernah sekali tu seminggu tiga kali PosLaju deliver barang ke rumah. Adehlaa.. 
Apa yang Zara beli online? Hehehe.. macam-macam. Baju, produk kecantikan, makanan, barangan rumah, mesin exercise pun pernah! Nasib baik Zara cuma shopping via website, blog dan facebook saja. Zara takde twitter atau instagram. Kalau ada? Lagi parahlah kot.
Antara barang yang Zara suka beli online adalah produk-produk kecantikan. Yang bestnya shopping online ni kita boleh dapatkan banyak maklumat tentang produk tu, boleh buat perbandingan dengan produk lain yang seangkatan dengannya dan yang paling Zara selalu buat adalah cari testimoni dan review tentang produk tu. Tapi selalunya testimoni satu-satu produk tu asyik copy paste je dan independent review tak banyak. Maksud Zara review yang ditulis oleh pembeli, bukan penjual. Kalau ada dapat review daripada penjual yang jugak pengguna produk tu pun kira dah cukup bagus…
Insha Allah nanti Zara kongsikan blog-blog Zara selalu lawat untuk baca review produk-produk kecantikan yang ada.
Oraitt! I’m going out, are you coming?

Obesiti rosakkan badan kita!

Salam sihat semua!
Ni Zara nak kongsikan bahaya obesiti kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Zara suka gambar ni sebab dia bagi penerangan ringkas secara menyeluruh tentang kesan buruk obesiti kepada organ-organ penting dalam badan kita.

image
(Gambar: kredit kepada FB Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jom tengok satu-persatu…
1. Tisu lemak yang berlebihan pada tekak akan menyempitkan saluran pernafasan. Lama-lama boleh menyebabkan masalah berdengkur & nafas terhenti semasa tidur.
2. Lemak berlebihan yang terkumpul dalam hati orang yang obes boleh menyebabkan penyakit hati seperti fatty liver dan liver cirrhosis.
3. Obesiti boleh menyebabkan gangguan emosi sehingga membawa kepada kemurungan dan rendah keyakinan diri.
4. Kanak-kanak yang obes boleh mencapai akil baligh lebih cepat, sekitar umur 10 tahun.
5. Obesiti meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok akibat kolesterol yang menyempitkan saluran darah di jantung dan otak.
6. Kulit menjadi kehitaman terutamanya di kawasan leher dan ketiak.
7. Tekanan darah tinggi dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
8. Gangguan fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin boleh menyebabkan penyakit diabetes.
Haa..risau tak? Mari jaga badan, jaga kesihatan sama-sama. Zara doakan semua sihat-sihat belaka dan dijauhkan dari segala penyakit. Amiinn…

Kurang garam, kurang darah tinggi


Hmm... ni peringatan kepada diri Zara sendiri dan jugak kawan-kawan yang suka makan nasi bubuh kicap, makan bihun bubuh kicap, makan buah letak asam banyak-banyak... tak dapat asam kat rumah cicah garam pun boleh.
Mari berlatih jaga kesihatan dari sekarang. Tak berlatih mana nak biasa.. tak biasa jadi rasa susah la. Jangan tunggu sampai terlambat. Some damages are simply not reversible.
Take care!

Trying new apps - Blogger-me

Bismillahirrahmanirrahiim..
Salam & hello ladies!

Ini ada satu lagi mobile apps yang Zara nak cuba guna untuk blogging secara bebas tanpa perlu membawa laptop gabak kemana-mana..

Zara baru jumpa apps ni pagi kemudian terus download untuk cuba la kan.. Nampak macam apps yang baru dibangunkan sebab belum ramai download tapi apa salahnya memcuba kan. Kalau ok Zara boleh terus gunakan tapi kalau tak ok Zara uninstall je la. Easy peasy..

Sekarang Zara nak cuba letak gambar tapi belum jumpa caranya macamana...

***
Ini tambahan yang Zara buat guna apps Blogger sebab Zara tak jumpa cara nak post gambar guna Blogger-me ni.

Baiklah.. rasanya Zara akan uninstall apps ni buat masa sekarang. Mungkin akan reinstall versi akan datang kalau dah fix masalah tak boleh post gambar ni. Adios! Terima kasih kerana bagi peluang Zara cuba apps percuma ni.

Mobile blogging

Bismillahirrahmanirrahiim..
Salam & hello girls!

Entri kali ni bukan nak cerita pasal apa-apa yang penting pun. Zara cuma nak try berblog dengan mobile apps Blogger yang Zara baru download. Kalau berjaya maka lepas ni bolehlah Zara blogging di mana-mana saja dengan mudah..cewahh! Macam very important blogger je kan. Hahah.

Hmm..nak try masukkan gambar jugak. Boleh tak...

Err..mcm boleh tapi macam confuse jap. Haih!


Haa.. boleh masuk gambar tapi tak dapat letak gambat kat tempat yang Zara nak.. It's ok, Zara akan figue out later. 

Oraitt.. That's all for the first try. See you again!

Wednesday, June 11, 2014

Blogging again!

Yup! This is me and i am going to blog again after a long rest due to life circumstances. I am a happy bunny and i’m hoping to make this world a happier place for others too. Lalalala~~~
So, welcome to my blog. I write about anything that touches me; my life, my love, my hobbies, my work, my people, my stuff, my country… Hihihi, I know it sound so self centered but I am not! I write about things I know. I hate to bluff nor beat around the bush whereas I have no idea where’s I am heading to. It is way better to stick to the things you are good at and do not mess up by doing things you are not sure of (unless you have to, of course). 
One more thing, I am here to make more friends and hopefully sharing with each other in the name of ukhuwwah. But, I have to make it clear that I just hate to stick my nose into other people’s personal business as much as I hate it when others do the same. 
I am aziZAH abd rahim Aini (Zahraa), nice to meet you!