Thursday, June 12, 2014

Zara loves shopping!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Haii! Buat apa hari ni? Zara, kalau hari cuti macam ni biasalah.. rutin Zara adalah siapkan kerja rumah lepas tu SHOPPING! Ok, kena letak capital letter sebab penting sangat-sangat. Haha, penting sangat ke shopping? Mestilah!
Shopping atau membeli-belah atau even tengok-tengok lepas tu belah (a.k.a window shopping) ni sangat penting dalam hidup kebanyakan wanita. Zara tak tahulah berapa ramai perempuan yang rasa shopping ni penting tapi Zara dan ramai kawan-kawan Zara rasa shopping ni perlu. Opps! Naik lagi satu step.. perlu dan penting pulak. 
Kenapa? Sebabnya.. orang perempuan ni kan banyak keperluannya. Nak dapatkan barang-barang tu semua kenalah pergi shopping. Kalau tak macam manalah barang-barang tu nak jumpa jalan pergi rumah kita. Selain tu, shopping ni jugak melapangkan kepala otak dan menenangkan jiwa. Haa.. mesti korang pernah dengar pasal retail therapy kan? Kalau tengah stres sangat dengan kerja ke, projek ke, officemate ke.. keluarlah shopping sekejap. Mesti rasa ringan sekejap kepala tu.
Tapi semenjak umur komitmen dah bertambah ni, Zara kurang masa nak window shopping. Kalau ada keperluan, buat list then terus beli barang-barang berkaitan je. HUHUHUHU… Mujurlah kemudahan online shopping ni makin banyak kat Malaysia. Tak payah keluar pun boleh shopping. Daripada kek coklat, blender, kasut, selipar, makanan ringan, kesihatan kesihatan, barangan kosmetik, barangan elektronik malah kereta dan rumah pun boleh deal untuk beli secara online.
Zara memang suka online shopping. Kalau seminggu sekali takde van PosLaju berhenti kat depan rumah rasa sunyi pulak rasanya. Ada pernah sekali tu seminggu tiga kali PosLaju deliver barang ke rumah. Adehlaa.. 
Apa yang Zara beli online? Hehehe.. macam-macam. Baju, produk kecantikan, makanan, barangan rumah, mesin exercise pun pernah! Nasib baik Zara cuma shopping via website, blog dan facebook saja. Zara takde twitter atau instagram. Kalau ada? Lagi parahlah kot.
Antara barang yang Zara suka beli online adalah produk-produk kecantikan. Yang bestnya shopping online ni kita boleh dapatkan banyak maklumat tentang produk tu, boleh buat perbandingan dengan produk lain yang seangkatan dengannya dan yang paling Zara selalu buat adalah cari testimoni dan review tentang produk tu. Tapi selalunya testimoni satu-satu produk tu asyik copy paste je dan independent review tak banyak. Maksud Zara review yang ditulis oleh pembeli, bukan penjual. Kalau ada dapat review daripada penjual yang jugak pengguna produk tu pun kira dah cukup bagus…
Insha Allah nanti Zara kongsikan blog-blog Zara selalu lawat untuk baca review produk-produk kecantikan yang ada.
Oraitt! I’m going out, are you coming?

No comments:

Post a Comment