Thursday, June 12, 2014

Obesiti rosakkan badan kita!

Salam sihat semua!
Ni Zara nak kongsikan bahaya obesiti kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Zara suka gambar ni sebab dia bagi penerangan ringkas secara menyeluruh tentang kesan buruk obesiti kepada organ-organ penting dalam badan kita.

image
(Gambar: kredit kepada FB Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jom tengok satu-persatu…
1. Tisu lemak yang berlebihan pada tekak akan menyempitkan saluran pernafasan. Lama-lama boleh menyebabkan masalah berdengkur & nafas terhenti semasa tidur.
2. Lemak berlebihan yang terkumpul dalam hati orang yang obes boleh menyebabkan penyakit hati seperti fatty liver dan liver cirrhosis.
3. Obesiti boleh menyebabkan gangguan emosi sehingga membawa kepada kemurungan dan rendah keyakinan diri.
4. Kanak-kanak yang obes boleh mencapai akil baligh lebih cepat, sekitar umur 10 tahun.
5. Obesiti meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok akibat kolesterol yang menyempitkan saluran darah di jantung dan otak.
6. Kulit menjadi kehitaman terutamanya di kawasan leher dan ketiak.
7. Tekanan darah tinggi dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
8. Gangguan fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin boleh menyebabkan penyakit diabetes.
Haa..risau tak? Mari jaga badan, jaga kesihatan sama-sama. Zara doakan semua sihat-sihat belaka dan dijauhkan dari segala penyakit. Amiinn…

No comments:

Post a Comment