Assalamualaikum & selamat pagi!
Zara pasti ramai kakak-kakak & adik-adik kat sana tu yang tengah diet hari ni. Maklumlah obesiti sekarang ni bukan hanya berkaitan dengan imej semata-mata tapi berkait sangat rapat dengan kesihatan. Sebabnya, banyak kajian saintifik menunjukkan obesiti ni salah satu penyumbang utama kepada penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi…
Selain itu, kita orang perempuan ni kan memang selalu nak nampak comel kiut-miut gitu. Maka, kena laa jaga makan. Kalau ikut tekak ikut perut je alamatnya badan akan naik la. Sedangkan dalam berdiet pun badan boleh naik.. inikan pulak tak diet. Kadang-kadang jeles jugak tengok kawan-kawan yang badan memang jenis maintain je walaupun makan macam biasa je.
Sebenarnya dah lama jugak Zara cuba nak amalkan diet Atkin’s. Lebih kurang dua tiga bulan jugak rasanya. Tapi, setakat ni masih kurang berjaya. Bukan diet Atkin’s tu tak bagus tapi Zara yang banyak sangat cheating. Nak buat macamana.. peminat gila-gila kek & cookies.. Adeh!
Ok, inilah screenshot progress projek kurus Zara yang tak berapa nak berjaya setakat ni. Tu progress selama 3 bulan tau! Sebenarnya macam takde perubahan pun kan..sob! Sob!
Takpe. Tak guna sedih-sedih sangat kalau akhirnya takde tindakan.. Zara akan berusaha dan terus berusaha untuk amalkan diet Atkin’s dengan betul. Kalau dah cuba dengan dengan betul tapi tetap gagal barulah boleh simpulkan yang diet jenis ni tak sesuai dengan Zara. Orait, korang doakan Zara ye!
No comments:
Post a Comment