Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H
Assalamualaikum & Salam aidilfitri semua.
Dalam kesayuan ditinggal bulan Ramadhan yang mulia, tentu masing-masing sibuk menyediakan persiapan menyambut aidilfitri yang tak kurang mulia.
Zara sempat mendengar tazkirah di tv yang terpasang di ruang tamu semasa menggosok baju tadi... tentang adab-adab menyambut hari raya. Antara yang menarik perhatian Zara adalah:
1) Menjaga aurat - dalam kita sibuk nak melaram pada hari raya ni, jangan sampai terlupa nak tengok2 sama ada pakaian kita tu cukup kain ke tidak... trend kita ni Zara tengok labuh & panjang tu dah elok tapi selalunya terlebih ketat pulak. Mungkin badan naik masa bulan puasa kot.
2) Menjaga solat - asyik sangat beraya dari pagi sampai ke malam... jangan sampai satu-satunya solat yang dibuat pada hari raya adalah solat sunat hari raya... Seelok-eloknya solatlah berjemaah. Raya boleh berjemaah (berkonvoi) tapi kenapa solat tak boleh berjemaah ye? Hmm...
3) Membaca al-Quran - Hmmm, Zara harap sempatlah kita membaca al-Quran walaupun satu surah pendek. Al-Ikhlas pun boleh, kan?
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
♥♥♥salam aidilfitri penuh kasih sayang♥♥♥
No comments:
Post a Comment