Thursday, July 31, 2014

Cause

Learn a word today: cause

Save the children of Gaza

Salam buat semua...
Salam buat anak-anak Gaza...

Semua yang berkelapangan hari Sabtu ini dialu-alukan hadir ke Dataran Merdeka untuk menunjukkan bantahan terhadap kekejaman melampaui batas kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim zionis.

Kemanusiaan manusia melangkaui batas negara, bangsa, agama, mahupun fahaman politik. Ini perhimpunan atas dasar perikemanusiaan.

Wednesday, July 30, 2014

Aidilfitri 1435H

Nak letak gambar raya tahun ni kat sini buat kenangan.

→blog senang nak cari balik kenangan2 ni... pastikan ada tag dan archive.

PS: Hari ni saya dah kerja ^_^

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum & Salam aidilfitri semua.

Dalam kesayuan ditinggal bulan Ramadhan yang mulia, tentu masing-masing sibuk menyediakan persiapan menyambut aidilfitri yang tak kurang mulia.

Zara sempat mendengar tazkirah di tv yang terpasang di ruang tamu semasa menggosok baju tadi... tentang adab-adab menyambut hari raya. Antara yang menarik perhatian Zara adalah:

1) Menjaga aurat - dalam kita sibuk nak melaram pada hari raya ni, jangan sampai terlupa nak tengok2 sama ada pakaian kita tu cukup kain ke tidak... trend kita ni Zara tengok labuh & panjang tu dah elok tapi selalunya terlebih ketat pulak. Mungkin badan naik masa bulan puasa kot.

2) Menjaga solat - asyik sangat beraya dari pagi sampai ke malam... jangan sampai satu-satunya solat yang dibuat pada hari raya adalah solat sunat hari raya... Seelok-eloknya solatlah berjemaah. Raya boleh berjemaah (berkonvoi) tapi kenapa solat tak boleh berjemaah ye? Hmm...

3) Membaca al-Quran - Hmmm, Zara harap sempatlah kita membaca al-Quran walaupun satu surah pendek. Al-Ikhlas pun boleh, kan?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
♥♥♥salam aidilfitri penuh kasih sayang♥♥♥

Friday, July 25, 2014

Motivational Hadith

Cuti raya

Assalamualaikum & salam ramadhan kareem...

Raya tahun ni balik kampung tak? Alhamdulillah tahun ni dapat cuti raya lagi walaupun cuma hari raya pertama & kedua. Tapi Zara ambil cuti sebelum raya lebih lama. Sajalah nak cuti sebab cuti raya tak dapat lama kan...

Cuti awal ni dapatlah siap-siapkan persiapan untuk beraya nanti. Baju raya anak-anak yang terlebih labuh belum kelim lagi, kuih raya belum beli, duit raya belum tukar & masuk sampul...

Ok, let's get going! Don't forget to keep praying for Gaza, Syria & our own country Malaysia. Ameen...

Tuesday, July 22, 2014

Nota Ramadhan 1435H

Ramadhan kareem...
Assalamualaikum warahmatullah

Dah nak sampai ke penghujungnya bulan Ramadhan tahun ni. Rasanya Ramadhan tahun inilah yang paling rasa sunyi dan sayu jauh ke dalam hati... Sayu mengharungi hari demi hari sepanjang Ramadhan ini dan tentunya lebih sayu lagi mengenangkan bulan rahmat dan keampunan Allah ini bakal berlalu.

Banyak yang telah berlaku sepanjang Ramadhan ini. Ramai manusia sedang diuji Allah swt dalam bulan mulia tahun ini, secara berseorangan ataupun beramai-ramai. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan rasa redha dalam hati kita sepanjang berhadapan dengan ujian yang menimpa. Moga-moga ujian yang datang itu menjadi kifarah pada dosa-dosa kita.

Syafakillah kepada semua yang diuji dengan penyakit terutamanya pesakit denggi yang semakin meningkat di sana-sini. Semoga segera sembuh seperti sediakala.

Takziah kepada ahli keluarga & sahabat2 krew dan penumpang MH17. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia di langit & di bumi.

Ingatan, doa & kasih sayang untuk umat Islam di Palestin, terutamanya di bumi Gaza, Allah yang Maha Besar pasti sentiasa dekat dengan kalian. Semoga kemenangan semakin dekat dan menjadi rahmat untuk seluruh umat manusia.

Let's do our part;
Pray - Donate - Boycott Israeli's product - Be a better muslim

Semoga kita hidup & mati dalam keimanan yang benar. Amiin..