Salam ceria!!
Di sini nak berkongsi sikit aktiviti hujung minggu kami sekeluarga. Bawa anak-anak bermain di Mykidz di Mydin Seremban 2. Sebenarnya ini kali kedua kami ke sana. Saja nak bagi anak-anak explore permainan yang ada di sana sambil bergaul dengan kanak-kanak lain jugak.
Bayaran masuk ke Mykidz ni adalah RM25/2 jam seorang pada waktu hujung minggu. Kalau hari biasa caj yang dikenakan cuma RM15/2jam. Caj seharian pula RM25 untuk hari bekerja dan RM35 untuk sabtu ahad. Ibubapa masuk percuma.
Mesti ingat untuk bawa stokin ya. Tak boleh masuk tanpa stokin. Kalau lupa boleh beli di kaunter. Harganya RM2 untuk sepasang stokin kanak-kanak dan RM3 untuk dewasa. Kalau takmau beli kat kaunter, masuklah Mydin kejap beli stokin.
Ok, share gambar sikit!